Home Nasional Sekat pemegang pas jangka panjang dari Indonesia, India dan Filipina

Sekat pemegang pas jangka panjang dari Indonesia, India dan Filipina

Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyekat kemasukan warga asing yang memegang pas jangka masa panjang daripada Indonesia, India dan Filipina berkuatkuasa 7 September ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, keputusan tersebut diambil selepas mempertimbangkan situasi peningkatan kes positif Covid-19 melibatkan kes import secara mendadak sekarang.

“Sekatan ini merangkumi enam kategori antaranya warga asing yang memegang status Penduduk Tetap (PR), pelajar warga asing yang belajar di Malaysia, pemegang pas residen, ekspatriat dan pas lawatan profesional (PVP).

Ujar beliau, setakat ini, hanya tiga negara berkenaan yang diputuskan untuk disekat kemasukan warganya namun kerajaan juga dijangka akan membuat perubahan berdasarkan perkembangan semasa.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan pelan tindakan bagi menghadapi risiko berlakunya peningkatan kes Covid-19 mendadak di negara yang mengalami musim sejuk akan datang.

Jelas beliau, pelan tindakan kementerian berkenaan akan meliputi kes import yang perlu beri perhatian.

Namun beliau tidak menolak antara cabaran besar kerajaan untuk mengawal jangkitan wabak berkenaan adalah apabila melibatkan rakyat Malaysia daripada ‘negara sejuk’ akan datang yang mahu pulang ke tanah air.

“Yang lebih membimbangkan rakyat Malaysia yang berada di negara musim sejuk mahu pulang ke negara kita. Kita tidak boleh menyekat rakyat kita pulang ke negara kita kerana bertentangan dengan perlembagaan, Akta imigresen pun tidak boleh menyekat

“Kita akan melihat menyeluruh apa tindakan seterusnya insyallah KKM akan membentangkan peracangan mereka dan pelan tindakan mereka,” katanya lagi.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata KKM akan bersiap siaga menghadapi kemungkinan pertambahan kes Covid-19 dari luar negara dalam tempoh empat bulan akan datang apabila musim sejuk melanda negara-negara berkenaan.-MalaysiaGazette