Home Sukan Greenwood mahu cipta rekod bersama England

Greenwood mahu cipta rekod bersama England

Mason Greenwood.

LONDON – Bintang Penyerang Red Devils, Mason Greenwood tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya apabila menerima panggilan menyertai skuad bola sepak England.

Berkongsi keterujaan itu kepada peminatnya dalam media sosial, penyerang muda itu berazam untuk mencipta sejarah di pentas antarabangsa supaya namanya terus diingati sebagai legenda.

Pemain berusia 18 tahun itu berkata, pemilihan membarisi skuad kebangsaan adalah impian menjadi kenyataan dan tidak menyangkakan peluangnya hadir begitu pantas.

Dia akan membarisi jentera serangan dalam aksi berdepan Iceland pada Sabtu ini dan Denmark tiga hari kemudian.

Greenwood dipilih untuk pasukan kebangsaan setelah jurulatih England Southgate kagum dengan aksi luar biasanya menjaringkan 17 gol di Old Trafford sepanjang Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2019/2020.

“Sememangnya mana-mana pemain muda seperti saya akan berazam memecahkan rekod sekiranya diberi peluang beraksi untuk pasukan kebangsaan.

“Adalah terbaik mempunyai visi peribadi menjaringkan gol untuk skuad England di pentas antaranbangsa.

“Bagi saya sungguh mudah, iaitu jaringkan gol banyak pecahkan rekod dan memastikan kamu diingati sebagai legenda dalam dunia bola sepak,” katanya.

Greenwood adalah pemain keempat dalam kelab Man United yang berjaya menjaringkan lebih 10 gol dalam satu musim selepas George Best, Brian Kidd dan Wayne Rooney.

Penjaring sepanjang zaman England, Alan Shearer turut menyokong Greenwood untuk memecahkan rekod jaringannya 260 gol kariernya.

Greenwood menegaskan keluarganya sangat teruja selepas menerima berita gembira dirinya dipanggil untuk skuad England.-MalaysiaGazette