PUTRAJAYA – Datuk Seri Mukhriz Mahathir menganggarkan kira-kira 70 peratus ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini beralih arah untuk tidak lagi menyertai parti itu.
Katanya, beliau melihat perkara itu berdasarkan Mesyuarat Agung Tahunan parti Bersatu pada November tahun lepas apabila ramai yang tidak bersetuju dengan usul mahu melantik bukan Melayu ke jawatan-jawatan khas seperti ekonomi, pendidikan dan lain-lain.
Beliau berkata, ketidakpuashatian mereka itu digambarkan apabila ada perwakilan yang hadir menjerit-jerit kerana tidak bersetuju dengan perkara yang tidak sewajarnya berlaku dalam Bersatu.
“Cuba bayangkan apa akan berlaku kalau Presiden Bersatu yang sekarang ini nyatakan dia nak buka keahliannya kepada bukan Melayu,” katanya ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Mukhriz mendakwa, banyak lagi perkara yang dicadangkan dalam mesyuarat tahunan tersebut ditentang oleh ahli-ahli Bersatu.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai kebarangkalian permohonan parti Pejuang akan ditolak oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS), beliau berkata, perkara itu berkemungkinan boleh berlaku.
Ujar beliau, pihaknya telah mendapat maklum daripada RoS sekiranya permohonan tersebut tidak mempunyai masalah ia mudah untuk dilulusakan.
‘Tapi biasalah, menteri ada macam-macam untuk proses kelulusan,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan sekiranya perkara itu berlaku ia jelas menunjukkan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini takut dan tidak berani. – MalaysiaGazette
Duduklah bawah ketiak ayahanda. Rasanya waktu prk slim ada berkata undi melayu akan berpecah.
Melayan mimpi……masih tidur….duiit rakyat yg di jarah masih bnyk dlm peti simpanan.
Parti Pejuang keluarga TM elok bergabung dengan parti keluarga DS Anwar, PKR dan parti keluarga LKS, DAP
Demokrasi kerajaan pilihan rakyat. Asal usulnya lahir di Greeze Athen ciptaan maknusia barat bukan Islam. Dipriktikkan di Malaysia acuan oleh Britain.sepeninggalan dijajah beratus tahun lebih. Di Amerika hanya ada 2 parti sahaja Demokrat dan Republikan. Di China pula hanya 1 Parti sahaja iaitu Parti Komunis China. Di Brunai Darulsalam tifak ada apaapa parti Pemerintahan Sultan. Apa yang peliknya Malaysia sebuah negara yang kecil penduduknya 33 juta dengan banyak bangsanya dan dalam dunia inilah satusatunya yan terlalu unik rumitnya perlu dilalui ditempoh dihadapi. Disinilah ujudnya partiparti politik bagi orang Melayu sepertimana tumbuhnya cendawan selepas hujan. Bagaimana nak meramalkan apakah kesudahan akhirnya. Mari kita tengoklah suatu masa nanti ye?
Ha ha ha kelakar dengai nya. Macam tengok cita upin dan ipin pulak.
.
Padu Pejuang
Senang jer kesimpulannya 70 peratus nilah pengkhianat melayu.. Nilah tun mahathir nk buktikan dah tau kan?