KUALA LUMPUR – Polis berjaya mengenalpasti dua pemandu kereta berbeza yang memandu kenderaan di lorong motosikal dengan alasan mengikut petunjuk aplikasi Waze.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian berlaku di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang semalam.
Katanya, sekitar jam 12 tengahari semalam, pihaknya telah melihat dua rakaman video tular di media sosial Faceboook mengenai kereta memasuki lorong motosikal di lebuhraya berkenaan dari arah Kuala Lumpur.
“Video rakaman pertama adalah melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu oleh seorang lelaki warganegara tempatan berumur 33 tahun.
“Manakala rakaman kedua yang ditularkan pula menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu oleh seorang wanita warganegara tempatan berumur 33 tahun juga,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau pengakuan awal kedua-dua pemandu berkenaan kononnya memandu menggunakan Aplikasi Waze yang mengarahkan mereka masuk ke sebuah lorong kecil.
“Bagaimanapun kedua-dua pemandu menyedari kesilapannya memasuki lorong motosikal setelah melihat banyak motosikal yang menggunakan laluan itu.
“Kedua-dua kenderaan telah diberhentikan oleh penunggang motosikal yang akhirnya menunjukkan jalan keluar ke jalan utama.
“Polis berjaya mengesan kedua dua pemandu kereta yang ada dalam rakaman tular itu dan disiasat lanjut di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-dua sekali,” tegas beliau.
Apalah..haha . Letaklah tiang barrier kat pintu masuk supaya kereta tak muat…mesti ramai lagi akan tersilap kalau tak ada gerbang besar..MOTOSIKAL SAHAJA
kalau macam tu haramkan penggunaan waze itu. tak boleh diharap atau mereka set motosikal kot. waze bodoh ke pengguna bodoh. bahaya guna waze macam ni. kita orang jauh dikampong pergi kl guna waze kena tipu.