Home Seni Hidup Jangan buat spekulasi liar, semua sudah selesai – Aaron

Jangan buat spekulasi liar, semua sudah selesai – Aaron

Aaron Aziz

KUALA LUMPUR – Bimbang orang ramai membuat spekulasi liar mengenai pusat tahfiznya di Langkawi yang dirobohkan, Aaron Aziz membuat penjelasan mengenainya di media sosial.

Pelakon terkenal itu menyatakan tidak ada pihak yang bersalah dalam isu berkenaan dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri atau politik.

“Saya tak nak orang dapat dosa sia sia kerana spekulasi. @journey_to_insyirah Kami akan bina semula ye. Tiada pihak mana mana yang salah. Takda kena mengena dengan kerajaan atau politik atau apa apa…benda dah settle pun,” ujarnya dalam rakaman video di media sosialnya.

Bagaimanapun beliau tidak memaklumkan apa perkara sebenar yang berlaku.

“Terima Kasih atas doa-doa anda dan sumbangan anda. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami dunia akhirat,” tulisnya lagi.

Kelmarin, Aaron memuatnaik gambar pusat tahfiznya di Langkawi yang dirobohkan sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi buruk netizen.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pusat tahfiz milik Aaron Aziz kena roboh?