SHAH ALAM – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar tidak menolak kemungkinan orang Melayu tidak mungkin mendapat peluang sama rata untuk berjaya sebagai usahawan jika kuasa politik jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) sekali lagi.
Perkara itu terbukti sepanjang 22 bulan PH mentadbir negara apabila institusi milik orang Islam seperti Tabung Haji (TH) dikacau ganggu pemimpin bukan Islam hingga banyak aset miliknya dilelong.
“Insya-Allah saya yakin orang Melayu ini bijak, bagi peluang kita mungkin boleh menjadi bangsa yang hebat suatu hari nanti tapi dengan syarat politik mesti dalam tangan orang Melayu.
“Kalau kuasa terlepas, ekonomi pun terlepas, kuasa politik pun terlepas, jawabnya kita akan merintih di negeri sendiri.
“Bayangkan kuasa politik terlepas ke tangan orang lain, ke mana anak cucu kita nak pergi,” katanya berucap pada Pelancaran Usahawan Bangkit Digital anjuran UMNO Bahagian Shah Alam, di sini, malam tadi.
Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari.
Noh yang juga pengerusi Perbadanan Usahawan Malaysia Berhad (PUNB) memberi gambaran nasib agensi kerajaan khusus untuk membantu usahawan Melayu dan Bumiputera boleh terjejas dan terancam jika Melayu hilang kuasa politik.
“Kalau tak mampu sewa kilang sebab harga naik, PUNB masih ada boleh tolong beli kilang baharu, sebab kita masih ada kuasa (politik).
“Sebab PUNB ini khusus untuk Bumiputera…kalau kita hilang kuasa saya bimbang, Tabung Haji dia boleh putar belit, apatah lagi PUNB.
“Tak mustahil…dia kata Menteri Pembangunan Usahawan sudah ada, kenapa PUNB mesti ada pula khusus untuk orang Melayu nak kena tolong. Bila-bila masa dia boleh tutup…macam-macam cara dia boleh buat…Tabung Haji dia boleh kacau, tambah pula PUNB.
“Tapi Insya-Allah selagi kita ada kuasa politik, Insya-Allah hak orang Melayu tetap akan kita perjuang dan pertahankan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Dlm tempoh 60 tahun kerajaan Umno…org Melayu jd bangsa hebat ke??
Udah udah noh..klu takat nak kenyangkan kroni sendiri…bangsa melayu boleh jadi bangsat di tanah air sendiri.
Ya betul,tapi 61 tawon memerintah siapa yg rosakkan negara.?
1-Terima komunis dan bagi tanah/rumah.Askar/Polis merempat..
2-Lucutkan 4 kekebalan Raja2 Melayu
3-Bawa masuk PATI sampai penuh negara
4-Siapa bagi kasino
5-Siapa yang lindungi cina2 tokey judi,dadah
6-Siapa benarkan pelacuran,judi,kelab arak bersepah d malaysia terutama d bukit bintang
7-Siapa yg tindas melayu,tangkap melayu
Banyak lagi nak tulis,bukankah semua ni jadi waktu melayu ada kuasa,melayu memerintah..?????