Home Nasional SPRM siapkan kertas Kabinet cadangan pelantikan KP dan Suruhanjaya Perkhidmatan

SPRM siapkan kertas Kabinet cadangan pelantikan KP dan Suruhanjaya Perkhidmatan

Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman 13 kontraktor bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu melibatkan program sukan tiga tahun lalu.
Seorang ahli perniagaan wanita yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan didakwa di mahkamah di sini esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyediakan kertas Kabinet berhubung cadangan pelantikan Ketua Pesuruhjaya dan mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, SPRM berkata, kertas tersebut bakal dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dibincangkan dan kelulusan.

Seterusnya, perkara tersebut akan diusulkan di Parlimen pada sidang terdekat sekiranya diluluskan oleh Jemaah Menteri.

“Kedua-dua cadangan ini merupakan peruntukan baharu dalam Perlembagaan Persekutuan dan memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen bagi membolehkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan,” katanya.

Untuk rekod, baru-baru ini terdapat cadangan supaya Ketua Pengarah SPRM dilantik selepas mendapat undi majoriti Dewan Rakyat dan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM diwujudkan untuk mengendalikan pengambilan atau penamatan perkhidmatan kakitangan suruhanjaya tersebut.

Sebelum ini, urusan pengambilan atau penamatan perkhidmatan kakitangan SPRM adalah di bawah seliaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Reformasi tersebut adalah bagi memperkasa dan menjamin kebebasan badan itu.- MalaysiaGazette