TERKINI : Surat Sokongan Menteri Tak Boleh Tentukan Keputusan – Shamshun Baharin

Sesuatu surat sokongan yang dikeluarkan oleh menteri atau ahli politik dalam kerajaan tidak boleh dijadikan sebagai asas untuk membuat keputusan oleh mana-mana pegawai, atau kakitangan kerajaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Bahagian Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, sebenarnya pegawai kerajaan sendiri mempunyai garis panduan yang harus dipatuhi dalam soal tersebut.