MADRID – Lionel Messi yang menuntut untuk meninggalkan Barcelona kini dalam dilema sama ada mahu kekal bersama pasukan itu.
Laporan di Barcelona mendakwa pemain itu sedang mempertimbangkan untuk kekal di Nou Camp selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden kelab, Josep Maria Bartomeu.
Messi turut berunding dengan bapanya, Jorge yang merupakan agen beliau.
Pada 26 Ogos lalu, Messi mengejutkan penyokong Barcelona selepas menuntut untuk meninggalkan kelab itu secara percuma bagi mencari cabaran baharu.
Kekalahan pasukan mempertahankan gelaran La Liga musim lalu serta kelahan teruk 8-2 kepada Bayern Munich dalam aksi Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah turut menambah keperitan untuk berkeputusan meninggalkan kelab itu.
Surat permohonan meninggalkan Nou Camp yang dikemukakan menerusi Fax oleh pasukan agen Lionel Messi pula tular di media sosial dan juga dimuat naik kelab berkenaan dalam Twitter rasmi untuk tatapan umum.
Surat yang ditaip dalam bahasa Latin itu membawa maksud: “By means of this letter, I, Lionel Andres Messi Cuccittini, with a white ID [blank], request that the employment benefit contract that I currently occupy in your distinguished club be terminated, based on clause number 24 that allows me to have this power.
“I appreciate all the opportunities for personal growth and professional preparation that were offered to me during the time I worked.
“Learnings that allowed me to consolidate my technical and human profile, but for personal reasons this [blank] difficult decision was made to me, which I hope will be made in the best way by the management of this club.”.
Bagaimanapun, Barcelona enggan melepaskan pemain itu sambil menegaskan kluasa pelepasan yang membenarkan Messi meninggalkan kelab itu sudah luput dan perlu diaktifkan semula bagi membolehkan tuntutan tersebut dipenuhi.
Malah Barcelona juga meminta mana-mana kelab yang ingin mendapatkan pemain Argentina itu membayar klausa pelepasan berjumlah £624 juta.
Sebelum ini, Jorge mengadakan rundingan pusingan pertama bersama Bartomeu bagi menyelesaikan ketegangan itu.
Rentetan itu, laporan di Nou Camp mendakwa Messi kini bercadang untuk kekal bersama pasukan di bawah kendalian Pengurus baharunya, Ronald Koeman untuk satu musim lagi seperti disyaratkan kelab.
Jorge juga mengesahkan pertemuan pertamanya semalam di Deportes Cuatro bersama presiden Barcelona itu berjalan lancar.
“Dia memberi jawapan gembira bahawa Messi boleh kekal semusim lagi di Nou Camp,” katanya.
Kontrak semasa Messi akan tamat Jun 2021 dan membolehkan dia menyertai Manchester City musim 2021 secara percuma.
Man City pula dilaporkan sudah mengemukakan tawaran terhadap Messi bagaimanapun tidak mampu membayar yuran kluasa pelepasan yang ditetapkan.
Messi telah menyertai akademi Barcelona pada usia 13 tahun sebelum melakukan penampilan sulung bersama skuad senior the Catalans ketika berusia 17 tahun Oktober 2004.
Sepanjang kariernya di Nou Camp pemain kini bergelar superstar dunia itu berjaya menjaringkan lebih 600 gol dalam semula penampilan setakat ini.
– MalaysiaGazette