Home Politik Tun M patut banyak bermuhasabah – RS Thanenthiran

Tun M patut banyak bermuhasabah – RS Thanenthiran

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sepatutnya lebih banyak bermuasabah diri dan menilai kesan daripada kenyataan yang dikeluarkannya.

Presiden Makkal Sakhti, Datuk RS Thanenthiran yang menghormati pemimpin negara itu bagaimanapun hairan Dr. Mahathir masih lagi bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri lagi jika berpeluang.

“Malah beliau juga seolah-olah seperti hendak menaikkan anaknya, Datuk Seri Muhriz Mahathir sebagai pemimpin nombor satu jika boleh dan itu adalah fakta bukan sesuatu yang di reka oleh saya.

“Baru-baru ini Tun M sendiri ada memberitahu adalah tidak adil untuk menghalang anaknya daripada berkecimpung dalam politik hanya kerana beliau adalah bapanya. Tapi jika senario ini kena pula dengan pemimpin, habis dikecam oleh Tun.

“Ini juga bukan dakwaan tapi kebenaran yang rata-rata rakyat Malaysia tahu dan sedia maklum. Saya beri contoh bagaimana Tun M menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO ketika berkempen pada PRU-14,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Menurut Thanenthiran, selepas berjaya menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua beliau berterusan menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mentadbir negara.

Malah setelah meletak jawatan dan menjadi Perdana Menteri interim, Dr. Mahathir bertindak menyalahkan Pakatan Rakyat (PH) sebelum menyalahkan Ahli Parlimen berkiutan kewujudan Perikatan Perikatan Nasional (PN).

“Ada juga dalam beberapa insiden, beliau salahkan Najib serta pimpinan PN lain selain membuat pusingan ‘U’ dengan mengatakan beliau tidak letak jawatan sebaliknya konspirasi sehingga tumbangnya PH.

“Sekejap salahkan PKR kemudian salahkan DAP kemudian salahkan UMNO, kemudian kata sayang UMNO. Syed Saddiq yang menjadi kesayangan itu juga bertindak menubuhkan parti baharu anak muda dan tidak sokong Tun M, itu juga kena balun teruk-teruk,” ujarnya.

Thanenthiran berkata, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim, Dr. Mahathir menggunakan peluang itu untuk terus bercakap seperti sehingga lupa diri.

“Tahukah anda, rata-rata penduduk Slim sendiri sudah muak dan tidak termakan lagi dengan tipu helahnya lagi. Langsung tidak mahu terima calon beliau mahupun retoriknya lagi.

“Tapi apa yang jadi kemudiannya, seperti yang kita sangka, Tun M akan salahkan orang lain. Memang betul kerana beliau kemudian keluar dengan teori kononnya pengundi sudah dibayar dengan jumlah begitu sedikit bagi memberi undi kepada calon BN,” katanya sambil menambah adalah beliau jika dituduh sedemikian.

Thanenthiran mendakwa, sepanjang menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali,Dr. Mahathir masih tidak berubah dengan terus mencetuskan kebencian serta perpecahan bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Melayu tetapi juga kaum lain. –MalaysiaGazette

Macam-macam dakwaan bila kalah, Shabery bidas Tun M

TERKINI : “Anak Saya Pun Manusia” Takkan Nak Tunggu Sampai Saya Mati – Tun Mahathir

 

BONGKAR – BN Sogok Pengundi Slim Dalam Van – Tun M | EDISI MG 2ptg – 4 September 2020