Home Dunia Brazil rekod 30,168 kes baharu Covid-19 dalam 24 jam

Brazil rekod 30,168 kes baharu Covid-19 dalam 24 jam

Seorang doktor merawat pesakit Covid-19 di sebuah hospital di Rio De Janeiro. foto Reuters

BRASILIA – Brazil mencatatkan 30,168 tambahan kes novel koronavirus dalam tempoh 24 jam serta 682 kematian, kata Kementerian Kesihatan.

Dengan angka terbaharu itu, Brazil telah mencatat 4.1 juta kes virus sejak wabak itu bermula.

Sementara jumlah kematian rasmi meningkat menjadi 126, 203, menurut data kementerian.

Brazil merekodkan jumlah kes koronavirus dan kematian kedua tertinggi di dunia.

Manakala India kini telah mendaftarkan lebih dari 4 juta kes, dijangka mengatasi Brazil tidak lama lagi. – MalaysiaGazette