Home Nasional Tiga minah rempit ditahan berlumba haram

Tiga minah rempit ditahan berlumba haram

Pemandu kereta yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kecederaan dua penunggang motosikal di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) semalam rupa-rupanya dalam keadaan mabuk.- Gambar hiasan.

BUTTERWORTH – Tiga minah rempit yang sedang leka berlumba haram dan melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata pihaknya menjalankan operasi itu selepas menerima maklumat berhubung kegiatan lumba haram di kawasan itu sebelum menahan tiga wanita berumur 21 hingga 32 tahun pada 12.20 tengah malam.

“Anggota polis yang melakukan penyamaran telah mengesan tiga motosikal jenis Yamaha RXZ  yang ditunggang tiga wanita secara berasingan dan mereka disyaki telah berlumba bermula dari arah Plaza Tol BORR di Bagan Ajam menghala ke jejambat Pelabuhan Kontena Butterworth Utara sebelum berpatah balik menghala arah Sungai Dua sebanyak dua pusingan.

“Mereka turut melakukan beberapa aksi berbahaya dan tindakan itu bukan sahaja berbahaya kepada diri sendiri malah pengguna jalan raya yang lain, polis menahan tiga wanita itu di hentian rehat dan rawat BORR Bagan Ajam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua mereka terdiri daripada dua pekerja kilang dan seorang peniaga kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA