KOTA KINABALU: Janji Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Junz Wong kononnya mahu membina rumah sarang burung walit untuk keluarga Veveonah Mosibin sekiranya menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dianggap memualkan.
Timbalan Presiden Parti Cinta Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing menegaskan, kenyataan bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri itu seolah-olah mengambil kesempatan terhadap kesusahan orang lain untuk memancing undi tanpa niat ikhlas.
Malah, sekiranya Junz benar-benar berniat ikhlas, beliau tidak sama sekali akan menunggu sehingga keputusan PRN untuk melakukannya.
Dakwanya, niat terselindung di sebalik kenyataan pemimpin Warisan itu hanya untuk meraih undi di kawasan Kudat dan Pitas bukan benar-benar mahu memastikan kehidupan lebih baik untuk keluarga Veveonah.
“Tidak boleh dinafikan ramai lagi di kawasan pedalaman Sabah hidup dalam keadaan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
“Jadi, jika Junz seorang pemimpin yang prihatin sepertimana digambarkan olehnya, beliau harus cari jalan untuk membantu golongan ini juga. Namun, beliau sebaliknya hanya memfokuskan kes Veveonah sahaja.
“Daripada ini, kita boleh melihat keikhlasan Junz yang hanya memberi tumpuan terhadap kes yang mampu memberi ‘political mileage’ kepadanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, Junz berjanji untuk membina rumah burung walit bagi keluarga Veveonah Mosibin yang tular kerana kemiskinannya sekiranya Warisan kembali berkuasa di Sabah.
Kata Junz, pembinaan rumah burung walit mampu menjana pendapatan bulanan yang mencecah RM10,000.
Dalam pada itu, Wilfred dengan nada sindiran mengajak rakyat Sabah merebut peluang ditawarkan oleh Junz.
“Dalam keadaan ekonomi pasca Covid-19 ini, peluang untuk menjana pendapatan sedemikian semestinya dialu-alukan oleh rakyat Sabah yang hilang punca pendapatan.
“Adakah Junz akan menyediakan kemudahan sama kepada rakyat Sabah miskin lain sepertimana dijanjikan kepada keluarga Veveonah?” soalnya.
Wilfred turut menasihati Junz agar tidak mempolitikkan isu kesempitan hidup orang lain demi kepentingan dirinya.
“Selaku seorang pemimpin Sabah, Junz harus prihatin dan ikhlas membantu semua orang Sabah dan bukan hanya mereka yang tular di berita dan media sosial” tegur Wilfred. –MalaysiaGazette
Awak kafir bodoh kristen injil dipalsukan bodoh pimimpin sabah spt ini memakan taik parti2 malaya semenanjing penipu pembohong MA63 kau bersekongkol dgn parti Taliban PAS penghina injil kitab kristen tapi kebodohan kau sanggup mengadai maruah sabah dan agama kristen kau makan taik Taliban Pas…phuii!!