KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor Amirudin Shari hari ini yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tiada tindakan diambil Jabatan Peguam Negara selepas kerajaan negeri selesai siasat kes pencemaran air pada April lepas adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali, kata Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.
Dalam kenyataannya, beliau berkata, sehingga kini Jabatan Peguam Negara tidak pernah dirujuk dengan apa-apa kertas siasatan berhubung kejadian pencemaran air mentah di Selangor.
“Pada 17 Mac 2020, Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) melalui siaran media memaklumkan bahawa keempat-empat loji rawatan air di Sungai Selangor telah dihenti tugas bermula 17 Mac, pukul 7 malam, akibat pencemaran bau dalam air mentah pada tahap 2 TON.
Idrus berkata kompaun itu dikeluarkan tanpa apa-apa rujukan kertas siasatan dibuat kepada Jabatan Peguam Negara.
Selanjutnya, katanya dalam kejadian terbaru pada 3 Sept apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, Jabatan Peguam Negara hanya dimaklumkan bahawa terdapat kertas siasatan yang dibuka oleh agensi-agensi yang berkaitan dan kertas siasatan itu sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya. – MalaysiaGazette
Ini loh punca mengape bende yg same belulang kembali. Semua pon mahu tunding jali. Ini kaitan alam sekitar maa dan keselamatan sumber ayer. Mengapa mahu gadoh gadoh. Sepatutnyer lu olang bantu membantu mendakwe penjenayah alam ini. Berkerjesame lah kamu semue..baru olang lain talak belani selepas ini.
Menteri besar paling bangang! syukur org pengundi Selangor ada MB kaki fitnah & suka salahkan org lain kecuali diri sendiri..macam lahabau punya perangai