Home Nasional SPRM buka siasatan isu pencemaran Sungai Gong

SPRM buka siasatan isu pencemaran Sungai Gong

Sebuah kilang yang telah disita selepas disyaki terlibat dengan insiden pencemaran Sungai Gong pada Demonstrasi aman roboh kilang pencemar sungai sumber Air Selangor di Jalan Batu Arang, Rawang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 05 SEPTEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung isu pencemaran Sungai Gong di Rawang bagi meneliti sebarang unsur-unsur rasuah melibatkan mana-mana pihak termasuk agensi penguat kuasa.

Berikutan itu SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil memberi kerjasama dengan pihaknya.

Sebanyak 1,292 kawasan di Lembah Klang membabitkan lebih sejuta pengguna mengalami gangguan bekalan air selepas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 serta Rantai Panjang dihenti tugas pada 3 September lalu kerana berlaku pencemaran di Sungai Gong, Rawang.

Hasil siasatan mendapati sebuah premis perindustrian Sungai Gong dipercayai menjadi punca gangguan bekalan air.

Kilang itu sudah dikenakan kompaun dan disita.

Empat lelaki yang juga pemilik kilang tersebut juga direman selepas disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran air di kawasan perindustrian Sungai Gong. _ MalaysiaGazette