Home Ekonomi Coop Bank Pertama sasar 50 koperasi

Coop Bank Pertama sasar 50 koperasi

Mohd Akmal Md Husin

KUALA LUMPUR – Coop Bank Pertama (CBP) menyasarkan 50 koperasi di seluruh negara terutama sekitar Selangor dan Pulau Pinang untuk menjalankan perkhidmatan ejen perbankan berdaftarnya dalam tempoh terdekat.

Ejen perbankan itu menawarkan enam perkhidmatan transaksi termasuk pengeluaran wang; pembayaran utiliti, tambah nilai pra-bayar; penambahan deposit akaun bagi simpanan, pemindahan dana akaun dan pembayaran balik pembiayaan kepada pengguna.

Ketua Pegawai Operasi ( COO) CBP, Mohd Akmal Md Husin berkata, objektifnya untuk memberikan peluang menambah pendapatan koperasi menerusi keuntungan komisyen bagi setiap transaksi.

‘Pelantikan ejen ini antara langkah proaktif dan inisiatif CBP untuk membantu koperasi menjana pendapatan tambahan di samping
meningkat daya saing koperasi tersebut.

”Contohnya, bagi perkhidmatan tambah nilai pra-bayar komisien diterima antara 0.75 peratus hingga 4.20 peratus manakala bagi
pembayaran utiliti pula bermula 0.21 peratus hingga 0.45 peratus.

”Selain itu, kehadiran ejen perbankan di seluruh negara juga terutama kawasan luar bandar memberikan kemudahan kepada masyarakat dari kawasan itu serta ia dapat meningkatkan jumlah pelanggan ke premis koperasi tersebut,” katanya Majlis Taklimat
Ejen Perbankan CBP.

Mohd Akmal berkata, kaedah perkhidmatan juga mudah memandangkan ejen mengeluarkan modal RM3,000 untuk peralatan transaksi, modal pusingan RM500; kemudahan internet tanpa wayar percuma (WI-FI) dan komputer riba.

”Pun begitu, jika dibanding dengan institusi perbankan lain, ketika ini CBP hanya mempunya 26 cawangan seluruh negara dan sasaran 50 ejen boleh dicapai dalam masa terdekat.

Ejen perbankan berdaftar CBP disediakan di premis perniagaan termasuk kedai runcit dan koperasi. – MalaysiaGazette