Home Nasional Hanya 500 orang boleh hadir untuk jemputan Hari Malaysia

Hanya 500 orang boleh hadir untuk jemputan Hari Malaysia

Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Malaysia 2020  yang akan diadakan pada 16 September ini di Stadium Tertutup Sibu, Sarawak akan dihadiri 500 orang jemputan sahaja.

Ketetapan itu bagi memastikan pelaksanaan penjarakan fizikal.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, antara jemputan yang akan hadir pada sambutan itu ialah  Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Perdana Menteri serta jemputan dari Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Hari Malaysia akan mengikut SOP acara langsung yang telah ditetapkan sebelum ini termasuk kawalan pintu masuk yang ketat. – MalaysiaGazette