KOTA KINABALU – Dua bekas menteri dicalonkan bagi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darrel Leiking dicalonkan bagi kerusi Moyog manakala Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi dicalonkan bagi kerusi DUN Segama seperti dilaporkan Astro Awani.
Presiden Parti Warisan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan 53 senarai calon-calon yang menggunakan logo Warisan iaitu dari DAP dan Amanah.
Dari jumlah tersebut 45 kerusi ditandingi Warisan, tujuh bagi DAP dan satu kerusi bagi Amanah.
Sementara itu bagi kerusi yang ditandingi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu UPKO, Presidennya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengumumkan 12 kerusi Dun yang ditandingi parti itu.
Madius yang juga mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah dicalonkan bagi kerusi DUN Kiulu.
Bagaimanapun, baki lapan lagi kerusi bakal diketahui apabila pengumuman dibuat oleh PKR.
Sebelum itu, menurut laporan satu portal, PKR tidak hadir pada majlis pengumuman calon pakatan politik diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) iaitu Warisan Plus.
Semalam, PKR mengumumkan akan bertanding di 14 kerusi DUN pada PRN Sabah yang akan berlangsung 26 September ini.- MalaysiaGazette
Bisimillah arrahman nir rahim…semoga parti WARISAN DAN PARTI SEKUTUNYA TEWAS DALAM PRN SABAH PADA 26/9/2020 INI…AMIN