Home Sukan Atletico Madrid pengaruhi Suarez untuk kekal di La Liga?

Atletico Madrid pengaruhi Suarez untuk kekal di La Liga?

Luis Suarez pula didakwa mengubah fikiran untuk kekal di La Liga selepas menerima tawaran dari kelab Atletico Madrid walaupun sedar bersetuju perjanjian berhijrah Juventus kali ini.

MADRID – Selepas Lionel Messi mengubah fikiran untuk kekal semusim lagi di Nou Camp dan menolak potensi ke Liga Perdana Inggeris kini giliran rakan sepasukannya Luis Suarez pula dilaporkan turut mengikuti jejak langkah sama.

Itu tidak bermakna Suarez mahu menolak tawaran yang dipersetujui dengan juara bertahan Serie A Itali, Juventus dan kekal di Barcelona tetapi dia tertarik dengan tawaran baharu lebih lumayan satu lagi pasukan pesaing terkuat the Catalans dalam La Liga tersebut yang memberi peluang dia terus kekal di Sepanyol.

Laporan terbaharu di Sepanyol mendakwa pemain Uruguay itu yang telah secara lisan bersetuju untuk berhijrah ke Turin kini mengubah fikirannya.

Laporan itu berkata, Suarez tidak mahu terburu-buru dalam soal mencari cabaran baharu apabila menerima lamaran dari Atletico Madrid.

Tindakan mengejut dari kelab kendalian Diego Simeone itu telah mengakibatkan bekas bintang Liverpool itu dikatakan mempertimbangkan untuk tidak terburu-buru dalam soal berhijrah ke Itali.

Sebaliknya dia berhasrat untuk kekal di Nou Camp dan meneliti segala tawaran yang diterima dan mebuat keputusan yang tepat dan selamat demi masa depan kariernya.

Simeone percaya Suarez merupakan pengganti terbaik untuk Diego Costa atau Alvaro Morata yang akan dilepaskan kali ini sebagai langkah perubahan taktik jentera pasukan.

Bagaimanapun tuntutan kontrak pemain di Barcelona bakal menjadi penghalang utama untuk Atletico sedangkan masalah itu tidak timbul untuk Juventus.

Barcelona juga dikatakan tidak bersedia melepaskan pemain itu dengan yuran yang rendah.

Di sebalik kesemua spekulasi berkenaan, laporan satu lagi mendakwa Atletico masih belum mengemukakan tawaran rasmi ke atas Suarez dan perpindahan Suarez ke Juventus hampir pasti.

Sebagai menyokong kenyataan itu, laporan turut mendakwa Suarez sudah mendaftarkan peperiksaaan bahasa Itali dan pemain itu dikatakan sedang membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan itu untuk memudahkan perolehan pasport Itali menerusi isterinya yang mana keluarganya berlatarbelakang Itali.- MalaysiaGazette