Home Dunia Ahli gusti Afkari menjalani hukuman mati

Ahli gusti Afkari menjalani hukuman mati

Navid Afkari. foto Agensi

TEHRAN – Juara gusti Iran, Navid Afkari telah dihukum mati setelah disabitkan dengan kesalahan menikam sehingga mati seorang pengawal keselamatan semasa tunjuk perasaan antikerajaan pada tahun 2018.

Afkari dihukum mati pagi ini setelah prosedur undang-undang dijalankan atas desakan ibu bapa dan keluarga mangsa, menurut media.

Kes tersebut telah menimbulkan kemarahan antarabangsa.

Ini kerana, Afkari mendakwa dia diseksa untuk membuat pengakuan palsu, menurut keluarga dan beberapa aktivis.

Malah, peguamnya mengatakan tidak ada bukti Afkari melakukan kesalahan itu.

Badan kehakiman Iran telah menolak dakwaan penyiksaan tersebut.

Kesatuan global yang mewakili 85,000 atlet mendesak Iran dikecualikan daripada sukan tersebut jika negara ini menghukum Afkari. – MalaysiaGazette