Home Nasional PRN Sabah: Media rasmi sahaja dibenarkan masuk ke Pusat penamaan Calon

PRN Sabah: Media rasmi sahaja dibenarkan masuk ke Pusat penamaan Calon

Petugas SPR membuat persiapan akhir di Pusat Penamaan Calon N.16 Karambunai pada hari penamaan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Sabah di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 12 SEPTEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Hanya media rasmi sahaja dibenarkan masuk ke dalam Pusat Penamaan Calon sempena hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung hari ini.

Media tersebut ialah Radio Televisyen Malaysia (RTM), Berita Nasional (RTM), Jabatan Penerangan dan Filem Nasional (Finas).

Suruhanjaya Pilihan Raya dalam kenyataan ringkas pagi ini berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan pelaksanaan Prosedur khas oleh SPR pada PRN kali ini dengan mengambil kira situasi semasa norma kehidupan baharu akibat pandemik Covid-19 dan usaha pencegahannya.

“Media-media lain selain media rasmi yang disenaraikan tidak dibenarkan berada di Pusat-Pusat Penamaan Calon di kesemua 73 DUN yang terlibat dengan Hari Penamaan Calon PRN Sabah hari ini.

“Tindakan ini juga bagi memastikan pelaksanaan SOP Khas tersebut demi keselamatan semua pihak termasuklah rakan-rakan media.

“Pertimbangan dan kerjasama rakan-rakan media amatlah dihargai, kata SPR lagi. – MalaysiaGazette