KOTA KINABALU – Memastikan kemenangan sekurang-kurangnya di 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah demi mengalahkan Parti Warisan Sabah (Warisan) merupakan perkara yang perlu diutamakan berbanding isu calon Ketua Menteri.
Justeru Presiden Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak mahu parti berkenaan terperangkap dengan isu berkenaan.