Home Politik Pengundi muda DUN Darau menyesal kerana salah pilih – Jumat

Pengundi muda DUN Darau menyesal kerana salah pilih – Jumat

Calon Barisan Nasional (BN) N.17 Darau, Datuk Jumat Idris (dua kiri) bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan (tiga kanan) meluangkan masa bertanya khabar penduduk setempat ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Sabah di Pekan Telipok, Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 13 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU – Majoriti pengundi muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau menyesal kerana telah salah memilih parti dan memberi kuasa kepada  Parti Warisan Sabah (Warisan)  pada pilihan raya umum yang lalu.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan yang sama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini, Datuk Jumat Idris berkata, kekesalan itu kerana mereka mendapati wakil rakyat yang dipilih gagal membawa perubahan positif ke kawasan berkenaan.

“Kita ada pendekatan kepada pengundi muda dari semasa ke semasa. Melihat mood, sambutan generasi muda di DUN Darau bersama-sama BN walaupun sebahagian sedang memikir melihat parti-parti lain yang baru tetapi mereka sudah mula menolak Warisan kerana mereka kesal dengan sikap  Sabah ubah dahulu nampaknya tidak ada yang berubah dan mood untuk ubah kembali ini begitu tinggi.

Calon Barisan Nasional (BN) N.17 Darau, Datuk Jumat Idris bercakap kepada media selepas meluangkan masa bertanya khabar penduduk setempat ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Sabah di Pekan Telipok, Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 13 SEPTEMBER 2020.

“Saya yakin kerajaan Warisan, kerajaan yang gagal ini akan tumbang,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui  ketika Program Walkabout di kawasan Telipok Darat hari ini bersama-sana Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan di sini hari ini.

Menganggap Darau sebagai tempat permainannya dan cukup dikenali oleh pengundi, Jumat menyifatkannya sebagai satu kelebihan untuk menyaingi enam calon lain pada  Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

“Saya mantan ahli Parlimen sini dan telah berkhidmat empat tahun lebih sebagai ahli Parlimen dan lebih 20 tahun sebagai Ketua Pemuda (BN) dan Ketua Bahagian BN .

“Darau ini kawasan permainan saya, pengundi kenal saya dan pengundi kenal saya cuma saya beri peluang kepada pengundi banyak pilihan ada enam calon semua baik mewakili parti masing-masing,” tambahnya.

Jumat yang merupakan bekas Ahli Parlimen Sepanggar berhadapan dengan lima calon lain daripada Parti Cinta Sabah (PCS)  Ansari Abdullah, Azhar Matussin (Warisan), Sumali @ Marino Ahmad (LDP), Laliman Kemad @ Laliman Ahmad (USNO) dan Dasim @ Ricky Jikah (PGRS).

Untuk rekod, Darau antara 13 DUN baharu di bawah Parlimen Sepanggar yang sebelum ini dipegang oleh Warisan.-MalaysiaGazette