Home MGNews PRN SABAH : Pertindihan Kerusi PN PBS di Dun Moyoq Bukan Satu...

PRN SABAH : Pertindihan Kerusi PN PBS di Dun Moyoq Bukan Satu Kelebihan untuk Warisan – Darell

Datuk Darell Leiking tidak menganggap pertembungan di antara Perikatan Nasional (PN) dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog sebagai satu kelebihan sebaliknya beliau menganggap ia sebagai cabaran.

Jelas Calon Parti Warisan Sabah (Warisan) di DUN itu, meskipun parti-parti itu kini dilihat tidak bersolidariti dalam agihan kerusi untuk dipertandingkan, namun mereka juga boleh bergabung.