Home Dunia Taufan Sally badai pesisir pantai Florida

Taufan Sally badai pesisir pantai Florida

Taufan Sally yang menuju Teluk Mexico- Foto Agensi

HOUSTON (Reuters) – Taufan Sally yang membadai pesisir barat Florida pada Sabtu dikategorikan sebagai taufan Kategori 1 yang menyebabkan angin kencang, laut bergelora dan banjir kilat di Pesisir Teluk AS, kata Pusat Taufan Negara.

Gabenor Louisiana, John Bel Edwards mengisytiharkan darurat kecemasan dan mengarahkan semua penduduk yang masih dalam tempoh pemulihan daripada taufan sebelumnya dan perintah kawalan pergerakan akibat pandemik untuk bersiap-sedia menghadapi taufan seterusnya.

Taufan Sally dijangka menyebabkan hujan lebat di antara 15-30cm di sepanjang Pesisir Teluk dan boleh menyebabkan banjir kilar dari Florida hingga ke Louisiana, kata pakar kaji cuaca NHC, Richard Pasch.

Taufan tersebut telah menyebabkan pengeluaran minyak di Teluk AS Mexico terganggu kali kedua dalam tempoh sebulan.

Meskipun dijangkakan tidak seteruk Taufan Laura yang telah membadai pada Ogos namun Taufan Sally dijangka menyebabkan laut bergelora setinggi 4.2 meter.

Syarikat-syarikat carigali telah mula menyelamatkan pekerja-pekerja mereka di pelantar pada Sabtu apabila Sally mula tiba di perairan Teluk Mexico dengan membawa angin selaju 65km sejam.- MalaysiaGazette