Home Politik DAP dakwa GRS tidak stabil

DAP dakwa GRS tidak stabil

Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng mendakwa Kerajaan Perikatan Nasional atau Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak stabil, lemah, keliru, bercanggah sesama sendiri dan melanggar undang-undang bukanlah model yang baik untuk Sabah.

GRS gagal untuk bersatu di bawah seorang calon Ketua Menteri dan juga gagal bersetuju untuk tidak bertanding antara satu sama lain dalam 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dakwa Setiausaha Agung DAP itu.

Sebaliknya Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan, DAP, UPKO, PKR dan Amanah tidak melawan satu sama lain di mana-mana kerusi dan bersetuju untuk mengekalkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Ketua Menteri.

Beliau mendakwa, sama seperti dua timbalan menteri yang tidak menunjukkan sebarang rasa hormat kepada Veveonah Mosibin, Muhyiddin tidak menunjukkan rasa hormat kepada pengundi Sabah selepas beliau cuba memutuskan siapa yang akan menjadi Ketua Menteri Sabah.

Dakwa beliau, menteri-menteri PN bercanggah sesama sendiri, tidak mengikut dan mematuhi undang-undang, membangkitkan sentimen perkauman dan agama atau menyebarkan berita palsu.

Antaranya, kata Guan Eng, sokongan Pas kepada Ahli Parlimennya yang enggan meminta maaf kerana menghina penganut Kristian dengan ucapannya yang penuh dengan hasutan bahawa kitab Bible terpesong.

Selain itu, dua Timbalan Menteri menyebarkan berita palsu dan bukannya mengamalkan slogan kerajaan PN sendiri, yakni “Tidak Pasti, Jangan Kongsi”, dan telah melakukan buli siber terhadap seorang pelajar perempuan Universiti Malaysia Sabah berusia 18 tahun hanya kerana dia mendedahkan terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian Internet yang lebih baik di Pitas, Sabah.

Manakala Ketua Pemuda Bersatu dan Timbalan Menteri mendesak sekolah vernakular dihapuskan sungguhpun sudah wujud sejak sebelum Merdeka.

Selain itu, kompaun “manjaā€¯ RM1,000 terhadap seorang Menteri PAS kerana melanggar protokol keselamatan Covid-19 untuk kuarantin rumah 14 hari sekembalinya dari Turki, sedangkan seorang wanita Melayu berusia 72 tahun telah didakwa di mahkamah dan dihukum dengan denda RM8,000 serta dipenjarakan selama sehari.

Guan Eng turut mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengamalkan peraturan “antara dua darjat” apabila gagal bertindak terhadap Timbalan Menteri Pertahanan kerana mencadangkan anaknya dilantik ke Lembaga Pengarah Pharmaniaga, yang berada di bawah naungan Kementerian Pertahanan.

Menteri Kewangan pula dituduh berbohong bahawa kontrak rundingan terus sebanyak RM6.61 bilion telah dianugerahkan oleh Pakatan Harapan (PH), sedangkan hanya RM352 juta berasal daripada kerajaan PH, manakala baki RM6.3 bilion merupakan projek zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelumnya.

Guan Eng turut mendakwa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berbohong apabila mengaitkannya berunding dengan sebuah projek kilang sisa pepejal bernilai RM170 juta dengan pengurangan 10%, sedangkan surat-surat membuktikan bahawa permohonan rundingan terus dibuat oleh KPKT sendiri.

Tambahnya, rakyat Malaysia telah melihat Menteri Pertahanan Ismail Sabri secara terbuka menyangkal kenyataan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba mengenai kemungkinan mengenakan kuarantin wajib kepada individu dari Semenanjung yang balik dari Sabah. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Alah, DAP pun lagi takder telor. Penakut, pengecut. Sudah tahu, rakyat Sabah akan menolak dan tidak ada peluang menang bertanding kalau guna logo roket buruk tu. Itu sebab bertanding naik kapal Warisan yang sudah senget nak karam tu..

Comments are closed.