Home Nasional Demi 89,916 tan durian, penceroboh haram mungkin diberi geran

Demi 89,916 tan durian, penceroboh haram mungkin diberi geran

Aminuddin Yahaya
Aminuddin Yahaya

KUALA LUMPUR – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) tidak menolak kemungkinan Kerajaan Negeri Pahang akan mengutamakan soal ekonomi terutamanya semasa pandemik Covid-19 dalam isu pencerobohan tanahnya.

Presidennya, Aminuddin Yahaya mendakwa kerajaan negeri akan membuat ‘deal’ tertentu dengan penceroboh haram tanah di Raub di mana bukan sahaja terlepas, bahkan mereka akan diberikan geran.

“Penceroboh-penceroboh ini kemungkinan besar bukan sahaja terlepas tetapi akan diberikan geran atau dibuat deal untuk membolehkan mereka meneruskan penanaman durian di tanah kerajaan tersebut.

“Akhirnya semua isu kesalahan yang dilakukan akan tenggelam dan penceroboh akan terus dilindung kerana menjana pendapatan untuk negara.

“Orang Melayu yang telah duduk di situ puluhan tahun memohon geran akan terus berputih mata,” katanya dalam satu kenyataan, malam semalam.

Menurut laporan Bernama baru-baru ini, negara merupakan antara pengeksport utama durian dunia.

Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), pengeluaran durian negara akan meningkat kepada 443,000 tan menjelang 2030 berbanding 384,170 tan pada 2019.

Pengeluaran durian mengikut negeri yang terbesar di Malaysia ialah Pahang dengan 89,916 tan, Johor (87,838 tan) dan Sarawak (34,650 tan).

Di Raub sahaja, pengeluaran Musang King meliputi kawasan penanaman seluas 11,201.2 hektar dengan pengeluaran 70,650 tan metrik bernilai RM1.3 bilion.

Lima destinasi eksport utama negara ialah Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat, China serta Vietnam dan pada 2018, Malaysia mengeksport sejumlah 23,381 tan raja buah itu dengan nilai RM118.2 juta.

Kerajaan juga telah memperkenalkan program eco-tourism untuk menarik pelancong yang dinamakan Durio Tour @Raub 2020, yang dijangka dapat memberikan kesan positif terhadap permintaan durian sejuk beku di China, sekali gus meningkatkan nilai eksport durian negara.

Aminuddin menjangkakan lebih banyak tanah milik kerajaan negeri akan diteroka secara haram dan tiada tindakan diambil terhadap mereka kerana kerajaan lebih mengutamakan ekonomi daripada kedaulatan watan.

“Jika ini berlaku bermakna bukan saja 360,000 ekar yang telah diceroboh secara haram malah ratusan ribu ekar lagi akan dicerobohi kerana mereka tahu kerajaan “tidak berani” berbuat apa-apa,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Bila kerajaan Kelantan nak menanam durian di tanah kerajaan, mereka (Dap dan Pan) datang menghasut orang Asli dan memgambil tindakan undang-undang TETAPI bila bangsa sepet menceroboh tanah kerajaan untuk menanam durian maka Dap tampil membantu membela penceroboh.

  2. Jika benar terjadi,..inilah kerajaan PAHANG paling anak haram celaka laknat punya manusia munafiq agama islam bangsa melayu..
    Sebabi babi manusia munafiq yang ada,moga Allah SWT laknat diri n keturunannya pada yg terlibat hingga kiamat.LAKNAT SEMUA TERLIBAT,ALLAHUAKBAR…ALLAHUAKBAR..,ORG MELAYU MARHAIN,SIAPA PON MARI TEROKA HUTAN,JIKA ADA MENGHALANG,KITA LAWAN BIAR PUTIH MATA…❗❗❗

  3. Jika ini berlaku, maka pemerentah pahang adalah pengkhianat umat melayu, kenapa bangsa cina begitu sekali layanan diberikan, jika bangsa melayu yg berbuat demikian maka sudah lama kena halau @ didakwa kerana ceroboh tanah kerajaan. Ini kah yg dikatakan pembela agama dan bangsa yg diwar2kan selama ini??

  4. Untung lah penoreka Haram cina. Bukan negeri Pahang sahaja yang akan dapat. Setiap negeri akan dapat Jika Pahang mulakan memberi geran tanah semua penoreka Haram. Kesian satu kes dulu bekas tentera teroka tanah dinegeri Perak kena hadapkan kemakamah. Tiada siapa yang Bela.

  5. Bagusn bagilah semuanya pada sisepet biar orang melayu tinggal baju melayu saja lepas itu mari pergi terjun ke laut melayu hilang didunia ada negara kasi semua dunia nak kiamat siapa sebenarnya pengkhianat kalau tak bangsa sendiri. Saya dah penat letih penghabis BOSAN.

Comments are closed.