PARIS – Kylian Mbappe memaklumkan Paris Saint Germain (PSG) yang dia berhasrat meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini.
Bintang Perancis berusia 21 tahun itu sedang mempertimbangkan peluang untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Liverpool atau Manchester United.
Mbappe telah berjaya meletakkan dirinya sebagai salah seorang pemain terbaik dunia sejak berhijrah ke Ligue 1 daripada musuh tradisi PSG, Monaco pada tahun 2018.
Sepanjang dua tahun lalu, dia berjaya menjairngkan sebanyak 90 gol dalam 124 penampilan bersama PSG.
PSG tidak sanggup kehilangan MbappeĀ dan telah beberapa kali menawarkan kontrak lumayan sebagai usaha memujuk pemain itu kekal di Paris.
Namun, laporan terbaharu mendakwa Mbappe sudah membuat ketetapan untuk kekal di PSG untuk semusim lagi sebelum mahu meninggalkan kelab itu Jun depan untuk menyertai kelab Inggeris.
Pemenang Piala Dunia itu juga dilaporkan memasang impian untuk menyertai Liverpool tetapi berita Majalah the Times mendakwa dia bercadang untuk menyertai musuh tradisi Liverpool iaitu, the Red Devils.
Andaikata Ole Gunnar Solskjaer gagal membawa Jadon Sancho ke Old Trafford sebelum tarikh akhir 5 Oktober ini, Mbappe berpotensi dipinjamkan dari PSG sebelum pembelian tetap.
Liverpool memiliki jentera penyerang antara terbaik dunia iaitu dibarisi Fermino, Mohamed Salah dan Sadio Mane.
Bagaimanapun mereka kini menjangkau usia 30-an dan Liverpool perlu menceburi pasaran untuk merekrut pengganti mereka.
Malah, dalam aksi pembukaan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu lalu, Liverpool terpaksa bergelut untuk mencari kemenangan pertama apabila dibolos 3 gol sebelum menjaringkan gol keempat untuk mengesahkan tiga mata penuh pada asi pembukaan itu menentang Leeds United.
Sementara PSG kalah mengejut dalam aksi kedua musim 2020/21 Ligue 1 1-0 kepada Marseille semalam.-MalaysiaGazette