KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty berang dengan tindakan seorang wanita yang sering mengganggu suaminya, pelakon Azri Iskandar pada lewat malam,
Ellie, 50, mendedahkan perkara itu menerusi satu perkongsian di Facebook miliknya.
Menurut Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-16, wanita tersebut sering menghubungi Azri atas dasar jual beli produk.
Namun, Ellie mempersoalkan tindakan wanita itu jika mahu menjual barang sekalipun mengapa perlu menghubungi suami orang lewat malam.
Berang dengan tindakan wanita itu, Ellie turut mencabar wanita itu agar mahu bersemuka dengannya.
Kata Ellie lagi, dia turut menghantar pelawaan untuk menjadi senarai kenalan di Facebook wanita terbabit namun tiada maklum balas.
“Nak apa asyik cari Azri Iskandar? Atau kamu nak saya yang cari kamu? Kot ye pun nak jual produk apa kejadahnya contact suami orang tengah-tengah malam? Kamu nak minta tolong apa dari suami saya?
“Kamu dah nak kena upgrade? Kejadahnya kau punya upgrade! Apa kena mengena kau punya upgrade dengan keluarga kami? Dah nak mampos sangat ker sampai kau terdesak tengah-tengah malam?” tulisnya.
Sementara itu, Ellie turut menyeru individu yang mengenali wanita berkenaan untuk menasihatinya agar tidak mendekati suaminya tanpa sebarang sebab. – MalaysiaGazette