WASHINGTON – Pendaftaran Universiti George Washington susut sekitar 17% berbanding tahun lalu, sekali gus memberi petunjuk awal kesan Covid-19 terhadap pendidikan tinggi di negara ini..
Presidennya, Thomas LeBlanc memberitahu mesyuarat senat fakulti bahawa pendaftaran sarjana hanya membabitkan kira-kira 1,000 pelajar berbanding sasarannya seramai 10,126 orang.
Tahun lalu, universiti ini mendapat seramai 12,031 orang penuntut di musim gugur, termasuk 1,416 dari luar negara dan 11,008 adalah pelajar sepenuh masa.
Universiti itu sudah merancang untuk mengurangkan jumlah populasi sarjananya selama beberapa tahun, tetapi wabak koronavirus telah mempercepatkan pengurangan itu, menurut jurucakap universiti berkenaan.
Kolej-kolej pula bimbang kekurangan penuntut berlaku pada sesi penggal ini susulan pelaksanaan peraturan pemakaian pelitup muka, ujian saringan dan interaksi terhad.
Malah, kebanyakan sekolah melaksanakan sistem pembelajaran secara virtual.
Sebanyak 67% sekolah menjangkakan kemasukan penuntut menurun dan kebanyakan meramalkan hasil pendapatan lebih rendah, menurut tinjauan oleh Persatuan Pegawai Perniagaan Universiti dan Kolej Nasional.
Pusat pengajian yang mempunyai populasi penuntut antarabangsa meramalkan penurunan paling tinggi. – MalaysiaGazette