Beberapa kawasan di Kunak yang dilaporkan mempunyai kes positif Covid-19 mula disaniti.
Tinjauan MalaysiaGazette mendapati Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mula menggerakkan pegawai-pegawainya di sekitar bandar ini bagi proses sanitasi.
Menurut Leftenan Muda Farhana Mukhtar, sehingga hari ini 30 kawasan telah disanitasi sepanjang kes baharu di kawasan ini dilaporkan.