Home Ekonomi Moratorium hampir tamat: Maybank anjur roadshow mudahkan pembayaran balik

Moratorium hampir tamat: Maybank anjur roadshow mudahkan pembayaran balik

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Maybank akan mengadakan siri Roadshow Penasihat Bantuan Pembayaran Balik di seluruh negara untuk mendekati pelanggannya secara proaktif yang mungkin menghadapi kesulitan dengan pembiayaan/pembayaran balik selepas moratorium.

Bank ini juga akan melanjutkan waktu operasi sehingga jam 7 malam 1 pada hari perbankan biasa dari 21 September 2020 hingga 30 September 2020 untuk semua cawangannya di seluruh negara (kecuali yang berada di Zon Merah Covid-19) untuk memberikan lebih banyak kemudahan untuk pelanggan.

Jelajah itu akan diadakan pelbagai cawangan dan pusat Maybank serta dewan umum pada dua hujung minggu akan datang hingga 30 September.

Sesi pertama akan berlangsung pada 19-20 September 2020, dari jam 10
pagi hingga 4 petang.

Roadshow dan waktu operasi cawangan yang dilanjutkan ini adalah untuk kemudahan
pelanggan individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Pelanggan tidak perlu untuk membuat sebarang janji temu, mereka hanya perlu datang ke cawangan dan pusat Maybank yang ditentukan dan mereka digalakkan membawa dokumen sokongan yang relevan seperti slip gaji, surat dari majikan atau penyata bank untuk mempercepatkan proses ini.

”Dengan moratorium berakhir pada 30 September 2020, Maybank ingin mendorong para
pelanggannya yang memerlukan sokongan tambahan untuk datang dan berjumpa dengan
penasihat kewangannya  bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau memohon
Bantuan Pembayaran Balik,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya,  pelanggan yang tidak dapat menghadiri roadshow, Bank juga menyediakan 3 saluran mudah untuk memohon pakej Bantuan Pembayaran Balik:
 Memohon secara dalam talian melalui Maybank2u (untuk pelanggan individu serta
Sewa beli Perniagaan)

 Memohon melalui e-mel ke [email protected] (untuk pelanggan individu) atau
[email protected] (untuk pelanggan PKS), dengan memberikan nama,
nombor telefon, jenis pinjaman (contoh: Gadai Janji, Sewa Beli, Pembiayaan
Pinjaman Berjangka); Nombor kenderaan (untuk Sewa Beli), Status Pekerjaan, dan
Sebab permohonan, atau

 Kunjungi atau hubungi mana-mana cawangan kami, Pusat PKS atau Pusat
Kewangan Auto (mana-mana yang berkaitan) di seluruh negara.

Untuk membantu meringankan beban kewangan pelanggannya yang mungkin terjejas
kerana pandemik Covid-19, Maybank menawarkan pakej Bantuan Pembayaran Balik yang
khas untuk membantu mereka menangani cabaran seperti kehilangan pekerjaan atau
pengurangan pendapatan akibat wabak tersebut. – MalaysiaGazette