MELAKA – Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Datuk Nelson Renganathan di pejabatnya, di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.
Turut hadir pada pertemuan itu, Timbalan Pengerusi PSMB, Datuk Ruhaidini Abd Kadir dan Ketua Eksekutif PSMB, Shahul Dawood.
Dalam kunjungan lebih sejam itu, Mohd Ali diberikan penerangan oleh Nelson mengenai Inisiatif Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bertujuan membantu rakyat kekal dalam pekerjaan selain boleh merebut peluang meningkatkan kemahiran menerusi pelbagai program yang disediakan PSMB. – MalaysiaGazette