TOKYO – Harga minyak jatuh dalam dagangan hari ini selepas kenaikan selama tiga hari, ketika pengeluar sedang bersiap untuk kembali beroperasi di
Minyak mentah Brent LCOc1 turun AS$0.06 kepada AS$43.24 setong pada 0112 GMT.
Sementara niaga hadapan minyak Amerika Syarikat (AS), CLc1 turun AS$0.06 kepada AS$ 40.91 setong.
Kedua-dua kontrak ini telah meningkat dengan kukuh pada minggu ini ketika Taufan Sally menyebabkan pengeluaran minyak di AS terpaksa dikurangkan dan berada pada landasan untuk kenaikan mingguan sekitar 9%, yang pertama dalam tempoh tiga minggu.
Penggerudi dan pengeksport luar pesisir AS memulakan kerja-kerja pembersihan pada hari Khamis setelah Taufan Sally semakin lemah.
Pelantar-pelantar minyak di Teluk Mexico mula beroperasi semula setelah ditutup selama lima hari. – MalaysiaGazette
Tengok lh Malaysia turun ke idok