KOTA KINABALU – Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi amaran kepada pihak tertentu supaya tidak menakut-nakutkan rakyat Sabah dengan isu keselamatan negara.
Beliau menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi dan berunding dengan mana-mana ancaman luar termasuklah tuntutan Sabah yang disuarakan Filipina.
“Yakinlah kita yakin mampu mempertahankan Sabah jika ada ancaman dari luar.
“Kita akan mempetahankan kedaulatan Sabah kita tidak akan berkompormi dengan sesiapa walaupun ada cadangan rundingan dengan Filipina saya tegaskan tidak akan ada rundingan dengan sesiapa kerana Sabah tidak melibatkan isu tuntutan bertindih seperti beberapa pulau sedangkan Sabah sebuah negeri merdeka.