Home Utama Tiada rundingan atau kompromi dengan Filipina dalam isu Sabah – Ismail Sabri

Tiada rundingan atau kompromi dengan Filipina dalam isu Sabah – Ismail Sabri

Ismail Sabri Yaakob

KOTA KINABALU – Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi amaran kepada pihak tertentu supaya tidak menakut-nakutkan rakyat Sabah dengan isu keselamatan negara.

Beliau menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi dan berunding dengan mana-mana ancaman luar termasuklah tuntutan Sabah yang disuarakan Filipina.

“Yakinlah, kita yakin mampu mempertahankan Sabah jika ada ancaman dari luar.

“Kita akan mempertahankan kedaulatan Sabah kita tidak akan berkompormi dengan sesiapa.

“Walaupun ada cadangan rundingan dengan Filipina saya tegaskan tidak akan ada rundingan dengan sesiapa kerana Sabah tidak melibatkan isu tuntutan bertindih seperti beberapa pulau sedangkan Sabah sebuah negeri merdeka.

“Sabah adalah hak kita. Walau apa tuntutan pun kita ATM (Angkatan Tentera Malaysia) pasti akan mempertahankan kedaulatan Sabah,” katanya dalam sidang media sebelum Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media ketika Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia di Hotel Hilton Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 18 SEPTEMBER 2020.

Untuk rekod, baru-baru ini Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal berkata kerajaan Persekutuan perlu bertindak tindakan proaktif agar masalah penculikan, masalah pencerobohan di perairan negeri itu diselesaikan segera.

Beliau juga dilaporkan berkata tuntutan Filipina ke atas Sabah harus diselesaikan menerusi rundingan kerajaan dengan kerajaan (G2G) di antara kedua-dua negara.

Ismail dalam pada itu berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersiap sedia dari semua aspek demi mempertahankan Negeri Di Bawah Bayu itu.

“Saya tengok semalam ada satu vido seolah-olah kita tidak bersedia.

“Saya nyatakan bahawa ATM terus memperkasakan dan juga memperkuatkan kesiapsiagaan tentera darat, kita akan tambah kem, markas dan sebagainya,” tambahnya.

Kawalan sempadan juga ujarnya terus dipertingkatkan dengan menambah Pos kawalan.

“Sekarang kita ada 17 dan kita akan tambah 19 lagi untuk kawalan sempadan,”katanya lagi.

Kapal perang untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga ditambah di Sabah.

“Satu di Sepanggar dan satu lagi di Kem TLDM di Sandakan,”tambah beliau. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.