Home Dunia Hungary lanjutkan moratorium sehingga Jun 2021

Hungary lanjutkan moratorium sehingga Jun 2021

Perdana Menteri Hungary Viktor Orban

BUDAPEST – Kerajaan Hungary membuat keputusan untuk melanjutkan moratorium pembayaran semula hutang isi rumah dan syarikat secara bersasar sehingga pertengahan tahun depan.

Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, Viktor Orban dalam satu hantaran video di laman rasmi Facebooknya hari ini, lapor Reuters.

Menurut Orban, keluarga yang mempunyai anak, pesara, penganggur dan individu-individu yang berada dalam program kerja awam boleh menikmati lanjutan moratorium selama enam bulan lagi.

Manakala bagi syarikat-syarikat yang kehilangan pendapatan sehingga 25 peratus turut menerima moratorium berkenaan. – Agensi