Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menepis dakwaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal yang mengatakan parti itu mengamalkan politik wang ketika berkempen di Sabah.
Menyifatkan Shafie melakukan ‘reverse psychology’, Zahid pada masa sama berkata, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu maklum bahawa UMNO tidak berkemampuan dari segi kewangan sepertinya.