Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim senada dengan Ketua Menteri Sabah yang mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi peluang pesakit Covid-19 mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September nanti.
Namun katanya SPR perlulah melaksanakannya beserta Prosedur Operasi Standard (SOP) tertentu bagi mengawal penularan wabak berkenaan.
“Saya setuju pasal pesakit Covid-19 pun harus diberi ruang untuk mengundi.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media selepas Program Ramah Mesra Dun Api-Api Bersama Presiden PKR sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di The Palace Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.