Home Dunia Ratusan paus terdampar di perairan Tasmania

Ratusan paus terdampar di perairan Tasmania

Sebahagian ikan paus yang terdampar di perairan Tasmania. Gambar BBC

HOBART – Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada 270 ikan paus pilot yang terkandas di perairan Tasmania ditemui mati dan dikhuatiri lebih banyak lagi akan mati.

Kehadiran ikan-ikan paus yang terkandas di perairan barat pulau tersebut disedari pada hari Isnin.

Ahli biologi marin sedang berusaha untuk menyelamatkan ikan paus dalam operasi rumit yang mungkin memakan masa beberapa hari.

Setakat ini tidak diketahui apa yang mendorong ikan-ikan paus ke pantai meskipun keadaan ini sering terjadi di kawasan ini.

Cumanya jumlahnya yang luar biasa tidak pernah dilihat sejak tahun 2009.

Para saintis dari Program Pemuliharaan Maritim Tasmania mengatakan ikan paus itu ditemui dalam tiga kumpulan di Macquarie Heads – hujung pulau yang terpencil dengan akses kapal dan jalan raya yang terhad.

Penyelamat tiba di tempat kejadian pada lewat hari Isnin, menemui lebih beratus-ratus berbanding pertama kali dilihat dari udara.

Usaha menyelamatkan ikan-ikan paus itu akan bermula pada hari Selasa.

Dr Kris Carlyon berkata, penilaian ke atas ikan-ikan itu akan dibuat sebelum memindahkannya.

Menurut beliau, pihaknya akan memulakan dengan ikan-ikan yang mempunyai peluang terbaik untuk memulakan misi tersebut.

Ini kerana, sebahagian daripada ikan-ikan itu terlalu besar atau tidak sesuai dengan lokasi.

Katanya, ikan paus pilot boleh membesar hingga tujuh meter panjang dan berat mencecah tiga tan. – MalaysiaGazette