Home Seni Hidup Fasha tidak lagi bertudung?

Fasha tidak lagi bertudung?

Foto Instagram Aidil Aziz.

KUALA LUMPUR – Sejak Ramadan lalu hingga melahirkan anak ketiga bulan lalu, pelakon Fasha Sandha sentiasa tampil bertudung setiap kali berkongsi foto mahu pun video di media sosial untuk tatapan peminat.

Bagaimanapun, baru-baru ini penampilan pelakon itu menimbulkan tanda-tanya apabila suaminya, Aidil Aziz memuat naik gambar Fasha tidak lagi bertudung ketika pergi bercuti di Pulau Pinang bersama keluarga.

Malah, sebelum ini juga Aidil dilihat turut berkongsi gambar bersama Fasha tidak bertudung dua minggu lalu ketika Selangor dilanda krisis air.

Susulan itu, rata-rata netizen mula bertanyakan hal tersebut kepada Aidil namun tiada sebarang respon diberikan di laman sosialnya.

Netizen turut mempersoalkan adakah Fasha tidak lagi berhijabĀ  dan mendoakan agar dirinya istiqamah. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Lantak ko lh nk pakai tudung or tak..yg dpt dosa ko, bkn aku..so peminat2 yg gila sgt kpda artis2 mcn ni udah2 lh ya, lbh baik ko minat pak ustaz2 ceramah lg bgus n dpt phla, drpd duk mnat artis yg yg bukn2.

Comments are closed.