KOTA KINABALU – Belum pun reda isu kontroversi berhubung kenyataan insiden pencerobohan Kampung Tanduo, di Lahad Datu pada 2013 satu sandiwara, Datuk Mohammaddin Ketapi mendakwa akan ada kejadian pemalsuan jangkitan Covid-19 di Sabah bagi menimbulkan ketakutan kepada pengundi.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin Warisan itu ketika berkempen di kawasan Segama.
Dalam video klip itu, Mohammaddin secara berseloroh membuat dakwaan kononnya beliau mendapat maklumat akan ada kejadian itu.
Ini kerana, kebanyakan penduduk Pantai Timur Sabah, dakwa Mohammaddin adalah pengundi tegar Warisan dan parti lawan sememangnya akan melakukan apa sahaja demi memastikan penyokong Warisan tidak mengundi termasuklah memalsukan kes jangkitan pandemik itu.
Ketua Pemuda Parti Cinta (PCS), Ag Zakariah Ibrahim berkata, beliau tidak menyangka Mohamaddin boleh sesuka hati bercakap seperti ‘sampah’ dan tidak ada sesiapa daripada Warisan mahupun parti gabungan parti itu mahu menegur perbuatan itu.
“Adakah Mohammaddin Ketapi ini mempersoalkan integriti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham? Sungguh memalukan betul perangai pimpinan Warisan ini.
“Kalau bercakap bukan main lantang kononnya semuanya dan demi untuk rakyat Sabah, tapi adakah politik Warisan ini sebenarnya lebih kepada memperlekehkan dan merendah-rendahkan semua?
“Adakah isu pandemik seperti Covid-19 ini juga boleh jadi mainan politik? Ini adalah soal nyawa, sebelum ini Mohammaddin memperlekehkan perajurit dan wira negara, sekarang ini pula persoal KKM dan barisan hadapan?
“Cukuplah, saya harap sangat rakyat akan nampak siapa Warisan ini, bab kritik pemimpin parti lain, merekalah nombor satu tapi bila mereka buat terus dipersalahkan semua pihak,” katanya kepada MalaysiaGazette.
MalaysiaGazette yang sempat melihat video klip itu mendapati jelas sekali Mohammaddin mempersoalkan tentang jangkitan Covid-19 di beberapa lokasi di Sabah, selain memberi gambaran ianya mungkin ‘wayang’ PRN.
“Pantai timur Sabah jika kamu tengok adalah kubu kuat Warisan, semua itu ‘mereka’ warnakan merah pasal dia bilang Covid. Itu bukan Covid, di kasi merah kerana mereka takut kalah.
“Saya dengar juga dua, tiga sebelum akan menularnya Covid-19 di Sulam, Lahad Datu, Segama dan macam-macam. Ada lagi mainan mereka, pada hari mengundi akan disuruhnya orang berpura-pura pengsan kena Covid konon.
“Kalau kamu nampak orang sebegitu bagus kamu tendang pijak di situ juga. Itu bukan Covid tapi wayang dia orang itu. Mereka akan dibayar, ada ambulans akan datang ambil mereka juga,” kata Mohamaddin pada kempen Ahad lepas. – MalaysiaGazette
PRN SABAH – 0 VOTE FOR WARISAN..
SUNTIKKAN VIRUS COVID PADA MUHAMMADIN DAN SEKUTUNYA….NNTI UMUM INIKAN SANDIWAEA