Home Politik Perebutan kerusi sesama sendiri bukti PN tidak sepakat – Amirudin

Perebutan kerusi sesama sendiri bukti PN tidak sepakat – Amirudin

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

KOTA KINABALU – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mendakwa Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional tidak akan mampu menerajui Sabah apabila masing-masing mempunyai tiga calon Ketua Menteri berasingan.

Katanya, ketidaksepakatan di antara seteru Warisan Plus itu diterjemahkan menerusi perebutan kerusi yang berlaku sesama mereka di beberapa buah kerusi.

“Mana mungkin mereka boleh mentadbir dengan baik kalau antara parti pun mereka bertembung 17 kawasan. Baru hari ini mereka kata ada dua kawasan sudah selesai, nama sudah ada sebagai calon tidak boleh keluar lagi, mereka akan bertembung juga 17 kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir di Program Ramah Mesra Menteri Besar Selangor Bersama Rakyat di sini hari ini.

Pertembungan di 17 buah kerusi yang dimaksudkan oleh Amirudin dipercayai merujuk kepada BN dengan sekutunya, PN yang terdiri daripada Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) di 17 daripada jumlah 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Namun hari ini dua kerusi di Tambunan dan Bingkor telah selesai selepas Parti Bersatu Sabah (PBS) memutuskan untuk menghentikan kempen dan memberi laluan kepada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Mengulas lanjur Amirudin berkata, apa yang dibawa oleh kesemua seteru Warisan Plus adalah perpecahan rakyat Sabah seterusnya mencetuskan kestabilan di negeri ini.

“Ternyata orang-orang ini Muafakat Nasional, Perikatan Nasional, BN, memecah belah kesatuan rakyat Sabah, kemajuan dan rosakkan keamanan dan kestabilan negeri ini.

”Ini bukan soal siapa jadi Ketua Menteri, wakil rakyat. Ini soal nasib dan maruah orang Sabah yang harus kita pertahankan,” tambah beliau.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. sebenaqnya yang mengikat PN atau PH atau mereka yang terlibat dalam politik adalah duit..jarang jarang ada yang bergiat dalam politik kerana agama dan prinsip

  2. Sembang Kari, pasal negeri orang, sembang hancing kat Selangor pasal air oun dok susahkan berjuta rakyat. Oiii, orang luar, letak jawatanlah…

Comments are closed.