Sekiranya rakyat mengetahui lebih awal Pakatan Harapan (PH) tidak mampu menunaikan janji manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, sudah pasti Pakatan Harapan (PH) tidak dapat membentuk kerajaan.
Kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut merasai bahang sama dialami PH sebelum ini.
Sepanjang dua tahun mentadbir negeri, kerajaan pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) gagal menunjukkan prestasi yang dilaungnan, malah ekonomi Sabah merudum dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) hanya 0.5 peratus pada tahun lalu.
Ini bermakna tidak banyak aktiviti ekonomi telah atau sedang dilaksanakan di Sabah menyebabkan kehidupan rakyatnya bertambah sukar.
PH juga berjanji untuk meningkatkan royalti minyak kepada 20 peratus selain menjana peluang pekerjaan namun ia tidak menjadi kenyataan.
Kemuncak legasi Shafie selaku Ketua Menteri adalah meminta kerajaan berunding dengan Filipina berhubung tuntutan negara itu ke atas Sabah.
Apa yang Shafie lakukan ini seolah-olah mengiktiraf tuntutan yang dilakukan Filipina.
Bagaimanapun, tindakan itu dipersoal Datuk Seri Anifah Aman namun Shafie melontar dan menyerang bekas Menteri Luar itu.
Kesemua faktor itu telah meranapkan Warisan dan Shafie pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis sebelum ini namun ia tidak diambil serius oleh Shafie yang menyebabkan Warisan mula gusar dengan rasa tidak puas hati pengundi mereka.
Ia dipercayai menjadi punca mengapa 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meninggalkan parti untuk menyertai bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman untuk menubuhkan kerajaan negeri baru pada Julai lalu.
Shafie dikatakan tidak menyedari kesilapan lalu dan masih berpegang kepada retorik dan tema lama untuk memancing undi, seperti dilakukannya pada kempen PRU14.
Sebagai contoh, Shafie menuduh wakil rakyat yang melompat untuk bersama Musa Aman dan menumbangkan kerajaannya sebagai ‘katak politik’ dan pengkhianat.
Menggunakan alasan tersebut, Shafie meminta rakyat Sabah untuk bersatu atas nama Tuhan dan lawan pengkhianatan tersebut.
Namun pada hakikatnya kerajaan Shafie dibentuk atas asas ‘politik katak’.
Ia dilihat mainan politik Shafie pada PRN dengan dengan retorik tiada penghujung.
Persoalannya adakah pemngundi Sabah akan terpedaya untuk kali kedua pada 26 September ini. – MalaysiaGazette
Alamakk..c sapibedal ni pura2 lupa ka,yg kerajaan warisan ni d bentuk mlalui KATAK POLITIK..?sbb tu la x teguh..2 thn layu..tumbang…!