Home Politik Siapa nak percaya Anwar?, tanya Puad

Siapa nak percaya Anwar?, tanya Puad

Mohd Puad Zarkashi UMNO Deputy Prime Minister Ismail Sabri Yaakob cabinet reshuffle
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim dipersoalkan mengapa tidak mendedahkan jumlah sokongan yang sudah diperoleh jika sudah cukup nombor.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa apakah Anwar mahu berbohong lagi seperti kerajaan 16 September 2008.

Pada tarikh itu, usaha Anwar untuk mengambil alih kerajaan gagal selepas cadangan untuk mengadakan sidang khas Dewan Rakyat telah ditolak Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketika itu Anwar mengumumkan beliau sudah mempunyai Akuan Sumpah (SD) seramai 30 ahli Parlimen UMNO yang akan melompat.

”Sampai kesudah tidak seorang pun yang melompat. Sampai kini Anwar tidak juga jadi Perdana Menteri,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mohd Puad mendakwa setelah insiden 16 September tidak menjadi, Anwar telefonnya pada jam 3 pagi 19 September 2008, memujuk beliau supaya menandatangani SD untuk menyokong beliau sebagai Perdana Menteri untuk menggantikan Abdullah.

”Dia beritahu saya, “Puad, i have enough numbers. It’s going to happen. 25 September Kerajaan BN akan tumbang.

”Dari 16 September ubah kepada 25 September. Sekarang tarikh pun dia tidak berani umumkan. Siapa nak percaya Anwar?,” soal veteran UMNO itu.

Secara berseloroh, beliau berkata, mungkin ada seorang Yang Berhormat yang akan percaya dan mengikut Anwar iaitu Datuk Mohamaddin Ketapi.

”Itu pun kalau dia tidak ditembak jatuh oleh undi rakyat pada 26 September ini. Semoga nasibnya tidak tidak sama seperti ayam dan anjing yang ditembak oleh kereta kebal,” kata Puad. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. hahahahah..hang puad pun sama.hari tuh sembang deraih…. hahahah kalau jatuh PN puak puak penyamun dalam UMNO akan sakit..

Comments are closed.