Home Seni Hidup Zoey terus lebar sayap

Zoey terus lebar sayap

Zoey semakin berjaya sebagai usahawan.

KUALA LUMPUR – Bermula dengan angan-angan yang direalisasikan dengan modal yang sedikit tanpa bantuan daripada pihak lain, hasil keringat  pelakon, pengacara dan selebriti Zoey Rahman kini mula berhasil.

Zoey atau nama sebenarnya, Mohd. Hairey Azhar Abd Rahman mula menceburi bidang perniagaan produk kecantikan pada tahun 2016 di bawah jenama MIKASERIES dengan tiga orang kakitangan sahaja.

Pada awal penubuhan ity, produk pertama yang dipasarkan adalah set penjagaan kulit 3 dalam 1 dan suplemen mencerahkan kulit dan membantu sistem pencernaan.

Berkat dari kejayaan jualan produk tersebut MIKASERIES kini mengorak langkah mengembangkan perniagaan mengikut kehendak dan pasaran semasa apabila MIKABLACKMASK muncul antara produk sambutan luar biasa.

Dari Lake Field, Zoey berpindah ke Cheras Business Centre dan bermulanya episod baru dalam perjuangan mengembangkan perniagaan.

Jika sebelum ini sekadar mencuba-cuba, di lokasi yang baru, Zoey lebih fokus dan menumpukan perhatian dengan mengurangkan sedikit aktiviti seninya setelah lebih setahun melebarkan sayap lakonan dan pengacaraan di Jakarta.

Zoey, 30, berkata, maklum balas yang positif dan rating lima bintang itu ia sangat penting kepada jenama produk kerana dapat memberikan keyakinan kepada pelanggan baharu yang mahu mencuba produk MIKASERIES.

Jelasnya, jemputab platform e-dagang no.1 Malaysia, Shopee untuk menyertai Skuad Selebriti Shopee dan menjadi sebahagian daripada perintis skuad tersebut.

“Skuad Selebriti Shopee merupakan sebuah halaman dalam aplikasi Shopee yang didedikasikan untuk menampilkan produk selebriti sahaja.

“Sejak menyertai Shopee, prestasi jualan dan populariti MIKASERIES menyaksikan peningkatan yang ketara dan menjadikan kedai rasmi MIKASERIES antara top 10 dalam kategori Kesihatan dan Kecantikan di Skuad Selebriti Shopee.

“Hasil kejayaan jualan dan kesungguhan saya dan pasukan telah berjaya memacu jenama ke mercu jaya yang lebih tinggi dan MIKASERIES tuurt berjaya meraihkan pelbagai anugerah,” katanya. – MalaysiaGazete