Home Nasional 26 September diisytihar hari pelepasan am di Sabah

26 September diisytihar hari pelepasan am di Sabah

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) giat melakukan kerja-kerja persiapan akhir menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog, Penampang, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 25 SEPTEMBER 2020.

TAWAU – Kerajaan Negeri Sabah memutuskan 26 September ini sebagai Hari Kelepasan Am Khas di negeri itu.

Menurut kenyataan satu muka surat itu, ia bagi membolehkan rakyat Sabah menunaikan tanggungjawab mereka keluar mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16.

“Perisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Sabah (Sabah Bab 56).

“Orang ramai sekali lagi diperingatkan agar Prosedur Operasi Standard (SOP) pilihan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Sabah dan Pihak Berkuasa Tempatan serta Pihak Berkuasa Berwajib,” kata kenyataan itu.

Sempena itu, kerajaan negeri turut menasihatkan agar pengundi mengamalkan 3C semasa turun membuang undi esok.

“Elakkan 3S (3C) berkaitan jauhi kawasan sesak, tempat elak kawasan sempit dan ruang elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (perbualan dekat).

“Amalkan 3W kerap mencuci tangan dengan udara dan sabun (basuh), menggunakan alat pelitup muka (facemask) di tempat awam atau jika bergejala (pakai), dan amaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.

Menurut SPR, sejumlah 1.124 juta pengundi di Sabah akan menunaikan tanggungjawab mereka, esok. – MalaysiaGazette