KUALA LUMPUR – Kira-kira 300 buah rumah penduduk mengalami kerosakan akibat ribut di Felda Lui Timur, Jempol, Negeri Sembilan hari ini.

Rata-rata atap rumah dan binaan rumah penduduk diterbangkan angin selain beberapa batang pokok tumbang di tepi jalan di kawasan berkenaan.

MalaysiaGazette menerima laporan itu daripada penduduk di kawasan berkenaan menerusi hantaran di media sosial.
Hujan lebat selama satu jam bermula pukul 5 petang itu juga menyukarkan penduduk mendapatkan tempat perlindungan dan terpaksa menumpang di rumah jiran dan saudara mara.- MalaysiaGazette