Home Politik Cuba halang Anwar bertemu Agong satu tindakan melampaui batas – Shamsul Iskandar

Cuba halang Anwar bertemu Agong satu tindakan melampaui batas – Shamsul Iskandar

Shamsul Iskandar Mohd Akin

KUALA LUMPUR – Sebarang cubaan oleh pihak-pihak tertentu untuk menghalang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Yang di-Pertuan Agong (YDPA) disifatkan sebagai satu tindakan melampaui batas serta dan tidak menjunjung amalan demokrasi.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, perkara itu sangat bertentangan dengan hasrat YDPA apabila baginda jelas membuka pintu kepada rakyat di samping meneliti dengan terperinci segala isu-isu berkaitan perlembagaan sebagaimana ketika proses lantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan dahulu.

Katanya, PKR menghormati pandangan tokoh-tokoh Perlembagaan serta ahli-ahli akademik tempatan namun, parti itu juga menegaskan hasrat Anwar sebagai ahli Parlimen dan juga Ketua Pembangkang untuk mempersembahkan kepada YDPA bukti senarai nama ahli-ahli Parlimen yang telah menyatakan
sokongan majoriti kepadanya.

Perkara itu juga adalah satu hak yang wajar untuk dihormati oleh semua pihak, jelasnya.

“Keadilan menegaskan sekali lagi bahawa faktanya adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin kini telah kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen.

“Ini turut diakui oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui kenyataan media beliau semalam.

“Tan Sri Muhyiddin kini secara perundangannya telah hilang keabsahan sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia. Oleh yang demikian, Tan Sri Muhyiddin sewajarnya berundur serta meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan cara yang terhormat memandangkan sokongan majoriti Ahli Parlimen kini telahpun beralih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Shamsul Iskandar, Keadilan mendukung penuh pentadbiran baru Malaysia di bawah pimpinan Anwar yang pastinya akan mewakili semua rakyat dengan majoriti Melayu-Bumiputera dan perwakilan saksama semua kaum di negara ini.

Ujarnya, Keadilan akur dan menyokong sepenuhnya kenyataan Anwar bahawa pentadbiran baru nanti akan tetap menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan yang mengiktiraf kedudukan Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi serta kedudukan istimewa Melayu-Bumiputra disamping jaminan tegas mempertahankan hak warga pelbagai kaum lain. – MalaysiaGazette

10 Komen

  1. “…menyokong sepenuhnya kenyataan Anwar bahawa pentadbiran baru nanti akan tetap menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan yang mengiktiraf kedudukan Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi serta kedudukan istimewa Melayu-Bumiputra…”, Pm sekarang dah buat ini dah, 22 bulan dalam ph anwar tak buat apa2 pun.

  2. ni cerita apa ni? ko tak payah menjilat laaa..ko jd Timbalan Menteri bwh Teresa Kok makan gaji buta! ko tak buat apa pun…sape nak halang Anwar jumpa Agong? Setau aku Pie Afdal yg halang 33 ADUN jumpa TYT..Rakyat dah makin meluat laaa tgk korang ni..celaka laaa ahli politik mcm ni…duk pikir perut buncit sendiri je masa hidup rakyat tgh susah Covic..

  3. SETUJU BEBENO ABAN SHAKE..
    MELUAT SUNGGUH LAGI CELAKA AHLI2 POLITAIK MCM YG MAKAN GAJI BUTA 22 BULAN LEPAS.

  4. Ini lah contoh nak jadi pemimpin tetapi tak faham tatacara perlembagaan… Politik murahan memainkan sentiment…

  5. Ketot Botak N9 harap simpan bodoh bangang tu untuk anakberanak share pada cucucicit Atok nyanyuk tu. Jangan bagi pada rakyat Malaysia yang lain.
    Botak ni tidak tahu perkembangan langsung asyik fikir Nuar Kunyit jer… Rafizi Ramli pun dah jauh-jauh dengan Nuar Kunyit tu.

  6. Shamsul dah kecut sbb anwar mungkin ditarik balik pengampunan/pembebasan drpd kes liwat.Bijak tak Atok sbb buat pemohonan pengampunan tergesa-gesa supaya rakyat boleh persoalkan balik ttg Anwar Ibrahim.

  7. Jangan salahkan pemimpin kita.semua ini pilihan rakyat.pemimpin Kita Ada golongan seperti katak melampat.pemimpin seperti ini mestinya buang apabila pru 15.keadilàn sepatutnya diamalkan kalangan rakyat Kita.sebagai rakyat Saya banyak kecewa dimana Malaysia banyak rasuah Dan kes kes mahkamah begitu buang dan tidak reformasi.perlembahaan pun tidak betul.saya harap sebagai rakyat Malaysia Saya mahu perlembahaan Dan reformasi mesti amalkan.

Comments are closed.