TOKYO – Harga minyak menyaksikan sedikit perubahan pada hari Jumaat tetapi berada pada landasan penurunan mingguan berikutan kebimbangan lonjakan kes jangkitan Covid-19 yang akan mengekang permintaan terhadap bahan bakar.
Selain itu, eksport semula Libya juga dikhuatiri menambah bekalan minyak dunia.
Minyak mentah Brent turun AS$0.02 sen pada $41.92 setong pada 0113 GMT, sementara minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat (AS) naik AS$0.03 kepada AS$40.34.
Brent menuju penurunan hampir 3% minggu ini, sementara minyak mentah A.S. berada di landasan penurunan hampir 2%.
Kedua-dua penanda aras ini juga menyaksikan penurunan bulanan – kali pertama untuk Brenet dalam tempoh enam bulan.
Oleh kerana, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan di seluruh dunia mencecah 26 juta orang dengan kematian hampir 900,000 (ketika berita ini ditulis), pertukaran antara kos ekonomi dan mengurangkan penyebaran wabak melalui sekatan pergerakan telah memberi beban kepada pertumbuhan global. – MalaysiaGazette